
Tuanrumah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), biarpun gagal menyaingi kehebatan UTHM dalam saingan Mendayung, masih mampu tersenyum selepas meraih juara keseluruhan saingan Kayak apabila meraih 60 mata, mengatasi pencabar terdekat Universiti Malaya (UM) dengan kelebihan 15 mata.
UTHM menebus kekecewaan tahun lepas, menjalani latihan intensif sejak beberapa boulan lepas dan menampilkan dayungan mantap untuk meraih gelaran juara acara berprestij Mendayung buat kali pertama.
UTM, juga antara pasukan pilihan, sekadar menduduki tampuk naib juara selepas hanya ketinggalan lapan mata di belakang UTHM, tewas dalam beberapa acara kegemaran, dengan meraih 94 mata daripada kesemua 12 acara mendayung.
Univeristi Ateneo Filipina, yang muncul buat kali pertama, pulang dengan kedudukan ketiga keseluruhan mendayung.
Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan hadiah kepada pemenang dan menutup secara rasmi kejohanan empat hari yang menarik penyertaan universiti dari Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia.
Kejohanan Varsity Boat Race, yang dianjurkan buat kali keempat tahun ini, dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dihoskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.
Seramai 708 pendayung dari 32 universiti, politeknik, kolej komuniti dan sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya turut serta.
Terdahulu dalam ucapan penutupnya, Dato Seri Mohamed Khaled berkata UTM telah menunjukkan kemampuan menganjurkan kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut.
“Untuk itu, sebagai penggerak utama sukan mendayung, Kementerian Pengajian Tinggi telah memilih UTM sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Air bagi atlet pusat pengajian tinggi di bawah Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian TInggi yang telah dilancarkan baru-baru ini,” kata beliau.
Menurutnya, selain pencapaian akademik, pencapaian cemerlang dalam sukan amat penting bagi penuntut di menara gading mempersiapkan diri menghadapi pelbagai cabaran baru di abad ini.
Beliau juga menggesa sektor swasta turut berganding bahu dan menyertai penganjuran Varsity Boat Race untuk memberikan lebih nilai dan imej kepada kejohanan berkenaan.
Perlumbaan boleh diikuti secara langsung internet menerusi laman web: www.utm.my/varsityboat race2009.
KEPUTUSAN KESELURUHAN:
JUARA KESELURUHAN (MENDAYUNG)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUARA KESELURUHAN (KAYAK)
Universiti Teknologi Malaysia
RANKING KESELURUHAN (10 TERATAS)
MENDAYUNG
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (102 mata)
Universiti Teknologi Malaysia (94)
Ateneo University Philippines (63)
Universiti Sains Malaysia (56)
Universiti Malaysia Sabah (52)
Unversitas Pendidikan Indonesia (38)
Universiti Tenaga Nasional (33)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (23)
Universiti Darul Iman Malaysia (21)
Burapha University Thailand (18)
KAYAK (10 TERATAS)
Universiti Teknologi Malaysia (60 points)
Universiti Malaya (45)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (44)
Univeristi Perguruan Sultan Idris (36)
Chiangmai University Thailand (32)
Universiti Teknologi Mara (31)
Universitas Pendidikan Indonesia (28)
Majlis Sukan Polititeknik (21)
Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (19)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (15)




0 comments:
Post a Comment