Sunday, August 30, 2009

Rowing MASUM 2009 @ Komplek Sukan Air Putrajaya (Version 3)

















































Tuesday, August 25, 2009

UTHM Raih 10 Emas Sempena MASUM 2009



Karnival Sukan MASUM 2009 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencipta rekod di Putrajaya apabila buat julung-julung kalinya muncul sebagai Juara Keseluruhan Berganda di Karnival Sukan Air MASUM 2009. UTHM Paddlers telah berjaya menyapu bersih Pingat Emas bagi Acara Rowing Wanita dan muncul sebagai Juara keseluruhan bagi acara Rowing Wanita serta Rowing Lelaki.

UTHM juga telah muncul sebagai Johan bagi acara Bola Sepak Divisyen 1 apabila berjaya menewaskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 4-0 pada perlawanan akhir Fasa 1 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pasukan Hoki UTHM pula telah berjaya muncul sebagai Naib Johan Divisyen 2 apabila tewas 1-2 kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

What is Rowing?

EJARAH RINGKAS SUKAN ROWING

Sukan Rowing adalah satu jenis sukan antara yang tertua dalam sejarah manusia iaitu sejak zaman Greek purba lagi. Dalam bentuk modennya, ia mula berkembang di England pada abad ke lapan belas, di mana pendayung-pendayung bot penambang mula berlumba antara satu sama lain dalam satu-satu perlumbaan yang dianjurkan.

Pada tahun 1715 seorang pelawak berbangsa Irish, Thomas Doggett telah menghadiahkan persalinan dan lencana kepada pemenang perlumbaan sculling yang dianjurkan di Sungai Thames. Perlumbaan ini telah disaksikan oleh Raja England pada waktu tersebut iaitu King George I dan dengan itu bermulalah satu era sukan rowing zaman moden. Sejak tarikh itu, sukan rowing telah menjadi satu acara tahunan dan merupakan sukan tahunan yang tertua dianjurkan setiap tahun hingga hari ini.

Pada awal abad ke sembilan belas, sukan rowing telah mula diminati di kalangan penuntut-penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika dahulu ianya merupakan sukan bagi pendayung-pendayung bot penambang di Sungai Thames, pada tahun 1829 perlumbaan bot antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah dianjurkan. Sehingga kini sukan rowing antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah menjadi satu acara tahunan yang amat terkenal.

Pada satu ketika dahulu, sukan rowing hanya diceburi oleh golongan professional dan golongan atasan sebagai satu jenis rekreasi tetapi kini telah menjadi satu kegiatan sukan yang digemari dan disertai oleh semua orang di negara-negara barat. Sukan rowing adalah sejenis sukan yang mementingkan usaha-usaha bekerjasama dan bantu-membantu. Dengan gerakan mendayung yang serentak dan bertenaga sukan ini memberikan satu bentuk semangat kesetiakawanan yang tinggi bagi menentukan kejayaan pasukan.

Bermula pada tahun 1896, rowing telah mula dipertandingkan di sukan olimpik dan menjadi acara tetap yang dipertandingkan di setiap sukan olimpik. Pada masa ini, terdapat 14 acara yaang dipertandingkan dimana 8 acara untuk lelaki dan 6 acara untuk wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

- "Single Scull" - Lelaki / Wanita

- "Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Lightweight Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Quadruple Scull" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Pair" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Four" - Lelaki
- "Lightweight Coxless Four" - Lelaki
- "Eight with coxswain" - Lelaki / Wanita

Bagi memastikan sukan rowing terus berkembang, kini Persekutuan Rowing Antarabangsa (FISA) telah memastikan sirkit Pertandingan Rowing Dunia diadakan dimana terdapat 4 peringkat sirkit diikuti Pertandingan Piala Dunia diadakan setiap tahun.

Ibu pejabat Persekutuan Rowing Antarabangsa kini terletak di Lucerne, Switzerland di mana terletaknya pejabat Pengarah Eksekutif serta Presiden Persekutuan Rowing Antarabangsa.

sumber Oleh --> http://www.rowing.org.my/perdama/home/

What is Kayak?

inisi Kanu

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu

Perbezaan Kayak dan Kanu

Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.

Kanu
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.

Sejarah Perkembangan Kayak
Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum, 75% kawasan dunia diliputi air. Sehubungan irtu, manusia zaman dahulu menjadikan jalanair sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembara melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai.
Mereka tinggal di kawasan hutan tropika yang kaya dengan sumber alam menebuk atau membakar menebuk atau membakar teras kayu dan menjadikannya sebagai kenderaan air . Ia dinamakan kanu dugout. Di MAlaysia, nenek moyang kita menggunakan kanu dugout yang dinamakan kanu dugout. Di Malaysia, nenek moyang kita menggunakan kanu dugout yang dinamakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pila, hutanya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangkan kanu daripada kayu dan dindingnya dibuat dari kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan kanu Canadian
Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan ini dinamakan Inuit ataupun Kayak Eskimo.
Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. NAmun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA
Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Namun begitu tokoh terkenal kayak iaitu John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayakdigunakan bagi tujuan pengangkutan, kini ia mencakupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktivitikayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.

John MacGregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Pengenbaraan beliau ke serata dunia telah membekalkan beliau pelbagai pengalaman yang menarik dan mencabar. Pengalaman utama beliau adalah tentang teknik orang Eskimo membina dan mengendalaikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuahkayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau telah menjelajah sungai-sungai di Eropah engan menggunakan kayak ini.
PAda tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British. 7 tahun kemudian, kelab ini telah di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga kehari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.

Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia.

Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan 'Eskimo Roll' Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik ini bertujuan untuk menaikan semulakayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Disinilah bermulanya perkembangan teknik gulangan yang lain.
Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan diSukan Olimpik ke Vll di Paris. Dua belas tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva.
Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayakterus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara 'rodeo'.

PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek.Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayaknegara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia

Iltizam dan usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukankemudiannya telah merangsang kegiatan kayakdi seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.
aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak MAlaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakankayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayaknegara.
Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi KayakAntarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi KayakAntarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.
Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di Pulau Pinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala LUmpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.
Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingankayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu,manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995.
Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displinsukan , atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarahapabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena SukanSEA.

Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi MAlaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus KayakArus Deras di dalam kurikulumnya